jump to navigation

Wartawan menghina Bush, apa Ulama buat?? December 17, 2008

Posted by khilafaharmy in Analisis.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Ahad, 14 Disember, Baghdad

Nampaknya, seluruh dunia mengetahui insiden penghinaan terhadap George Bush yang hampir menjadi sasaran lemparan kasut. Beritanya boleh didapati di banyak tempat, cuma ana ingin membincangkan isu yang lebih utama. Sebelum itu, sedikit info mengenai kes Bush dan kasut ini, mungkin ada yang masih belum membacanya lagi.

Pada lawatan Bush ke Iraq(dikatakan lawatan terakhirnya ke sana), seorang wartawan dari syarikat al-Baghdadia, Muntader al-Zaidi melemparkan kasutnya yang pertama semasa sidang media apabila Bush berucap “this is his farewell gift to the Iraqi people” sambil berteriak

"This is a gift from the Iraqis; this is the farewell kiss, you dog"

Kemudian membaling sebelah lagi kasutnya dengan teriakan

"This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq."

Walaupun kasutnya tidak mengenai Bush, tetapi kedua-duanya mengenai bendera Amerika. Dilaporkan bahawa bagi tradisi Arab, kasut di kepala merupakan sesuatu yang menghinakan, seumpama memijak kepala seseorang.

Muntader disambut sebagai wira atas tindakannya yang berani itu. Walaubagaimanapun, kini dia masih lagi di dalam tahanan dan dilaporkan dibelasah teruk.

Agenda tersembunyi

Pada asalnya, lawatan Bush ke Baghdad adalah lawatan yang tidak diumum(unannounced visit) . Lawatan ini sengaja tidak diumum atas sebab-sebab tertentu. Tapi kini, seluruh dunia telah mengetahui tentang lawatan tersebut, yang mana destinasi seterusnya adalah ke Afganistan.

Walaubagaimanpun, yang menjadi highlight adalah tregedi Bush dan kasut. Sebenarnya, ini merupakan lawatannya yang terakhir ke negara-negara yang dijajah Amerika(Iraq dan Afganistan), yang tujuannya adalah untuk memberi peringatan kepada kerajaan Iraq dan Afganistan bahawa  kepentingan Amerika di kedua-dua negara itu masih perlu dijaga, walaupun dia akan diganti Obama. Selain itu, Bush turut mengingatkan bahawa bahawa bantuan ketenteraan akan terus ditingkatkan oleh Pemerintahan Obama tahun depan. Secara mudah, kehadirannya adalah untuk memastikan boneka-bonekanya tetap setia kepada tuan, walaupun selepas ini, tuan baru akan ganti. Bush terus dalam penipuannya dengan menyifatkan kehadiran tentera Amerika ke Iraq sebagai

"One of the greatest successes in the history of the United States military."

walaupun seluruh dunia tahu akan kegagalan Amerika di Iraq dan Afganistan.

Lain Pula Ceritanya

Sungguh malang sekali bagi kaum muslimin, jika wartawan mempunyai keberanian tetapi ulama tidak langsung mempunyai maruah. Dalam satu Seminar Dialog Antara Agama pada Julai lalu dimana Sheikh al-Azhar, Sheikh Tantawi yang berjabat mesra dengan Presiden Israel Simon Perez. Tindakan “Ulama” itu telah mengejutkan kaum Muslimin, terutamanya di Mesir. Ingatlah bahawa Allah telah menurunkan ayat

Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah parti Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya parti Allah itulah parti yang berjaya.
(TQ al-Mujadilah 58:22)

Sebab turun(asbabun nuzul) ayat itu dalam satu riwayat seperti berikut:

Bahwa pada suatu hari Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) mencaci maki Rasulullah saw. Lalu Abu Bakar memukulnya dengan keras sehingga dia jatuh terpelanting. Lalu berita itu sampai kepada Rasulullah saw. maka Rasulullah saw. bertanya, “Apakah benar engkau telah melakukan hal itu, wahai Abu bakar?” Abu Bakar menjawab, “Demi Allah seandainya di tanganku ada pedang, niscaya dia akan kupancung dengan pedang itu”.
(HR Ibnu Munzir)1

Turunnya ayat Quran tentang kes itu menandakan pembenaran(persetujuan) Allah terhadap perbuatan Abu Bakar. Sepatutnya Ulama Islam lebih mengetahui akan hal ini. Sikap ini bukanlah sikap sebagai seorang yang menyertai parti(hizb) Allah. Lebih dibanggakan sikap Muntader yang layak digolongkan dalam parti Allah dan berjaya. Sungguh mengecewakan kerana menurut Imam Ghazali,

“Rosaknya rakyat, karena rosaknya para penguasanya. Rosaknya para penguasa, karena rosaknya para ulama”

Umat Islam kini berada di bawah penguasa yang mementingkan kepentingan penjajah Amerika dan Ulama yang berkasih dengan Israel. Mana tak rakyat menjadi mangsa. Benarlah sabda Rasulullah

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”                                    (HR Baihaqi)

Sumber Rujukan:

http://www.guardian.co.uk/world/video/2008/dec/15/iraq-georgebush
http://www.iht.com/articles/2008/12/15/africa/15prexy.php
http://www.turkishweekly.net/news.php?id=62206
http://baghdadbureau.blogs.nytimes.com/2008/12/15/brother-is-proud-of-shoe-tossing-iraqi-journalist/?src=tp&apage=2
http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-fg-bush15-2008dec15,0,3110164.story
http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=14142335
http://www.syabab.com/index.php?option=com_content&view=article&id=366:dialog-kemungkaran&catid=27:akidah-&Itemid=61

1Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Ibnu Juraji

[12:o3]

Comments»

1. erni - December 17, 2008

kerana sepasang kasut…betul apa yang dibuat leh wartawan itu dan bush telah mendapat malu..wow…padan muka bush…but it’s a shocking truth about the ulama. seharusnya a respectable ulama like that does not commit to such acts..what’s wrong with the world nowadays???

2. madeeha - December 17, 2008

mmg da akhir zaman laa skrg kite ni cume kebanyakkan kite je yg masih alpha..masih lg bersuka ria walhal saudara seIslam kite yg lain teruk “dibelasah” oleh yahudi Laknatullah..Bangkitla wahai umat Muhammad..kitalah..kitalah pemuda-pemudi yang akan mengembalikan semula era kegemilangan Islam!!!
Allahuakhbar!!!

3. thinker - December 17, 2008

kejadian telah membuka mata byk pihak, bahawa rakyat Iraq & seluruh kaum muslimin bencikan musuh-musuh islam (kafir harbi). Tapi malang, yg membenci Iraq & kafir harbi yg lain hanya golongan rakyat, manakala pemimpin umat islam tidak demikian, tetapi menjadi sebahagian dr puak kuffar tersebut.

“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nisaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari ssuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap didi (siksa)Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” [TMQ: Ali Imran (3) :28]

Imam Ath Thabari berkomentar tentang ayat ini, “Maknanya adalah orang-orang beriman dilarang mengambil orang-orang kafir sebagai pelindung dan penolong, sehingga kamu akan memberikan kesetian kepada agama mereka, kamu akan menolong mereka dalam menentang dan membuka rahasia kaum muslimin. Sesungguhnya orang yang melakukan hal itu, dia akan terlucut dari pertolongan Allah, iaitu dengan perbuatannya dia telah berlepas diri dari Allah karena murtad dari agamanya dan masuk ke dalam kekafiran.” [Tafsir Ath thabari III/327]

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“…orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” [TMQ An Nisa' (4) : 139]

Wallahu’alam

4. lifeadrama - December 18, 2008

salam..ana minta izin linkkan post dalam blog anta ke blog ana, untuk membuka mata kita semua umat Islam..
syukran.

5. danial - December 18, 2008

menarik post ini

6. thebestummah - December 19, 2008

Subhanallah…Hanya Allah saja yang mampu membalas usaha gigihmu untuk Islam wahai Pejuang…

7. wanita_mustanir - December 19, 2008

ulama yg ada skrg kbyknnya adalah ulama su’ bkn ulama pewaris nabi..ulama yg ada skrg adlh ulama yg menjaga kepentingan pemerintah, bkn kerana Allah Swt… Sedarlah wahai ulama2 sekalian!!! Apa yg kalian lakukan adlh satu dosa besar… Naudzublillah min dzalik!!!

8. mawar berduri - December 20, 2008

Jika hari itu, orang-orang kafir mempermainkan Islam, hari ini, umat Islam itu sendiri yang tidak segan silu menyertai mereka. Maruah agama entah ke mana.. Ulama’ diam seribu bahasa tanpa wujudnya nilai sensitiviti terhadap penghinaan yang berlaku ke atas Islam dan ummatnya itu sendiri malah sanggup bekerjasama dengan si kafir laknatullah.

9. hamba ALLAH - January 8, 2009

padan muka bush!!!kan bagus kalau kasut tu kene ngan muke die tue!!!dahlah die tu banyak membunuh rakyat2 iraq,pastu ade ati gak die nak pigi iraq lagi!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.