jump to navigation

Wartawan menghina Bush, apa Ulama buat?? December 17, 2008

Posted by khilafaharmy in Analisis.
Tags: , , , , , , , , ,
9 comments

Ahad, 14 Disember, Baghdad

Nampaknya, seluruh dunia mengetahui insiden penghinaan terhadap George Bush yang hampir menjadi sasaran lemparan kasut. Beritanya boleh didapati di banyak tempat, cuma ana ingin membincangkan isu yang lebih utama. Sebelum itu, sedikit info mengenai kes Bush dan kasut ini, mungkin ada yang masih belum membacanya lagi.

Pada lawatan Bush ke Iraq(dikatakan lawatan terakhirnya ke sana), seorang wartawan dari syarikat al-Baghdadia, Muntader al-Zaidi melemparkan kasutnya yang pertama semasa sidang media apabila Bush berucap “this is his farewell gift to the Iraqi people” sambil berteriak

"This is a gift from the Iraqis; this is the farewell kiss, you dog"

Kemudian membaling sebelah lagi kasutnya dengan teriakan

"This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq."

Walaupun kasutnya tidak mengenai Bush, tetapi kedua-duanya mengenai bendera Amerika. Dilaporkan bahawa bagi tradisi Arab, kasut di kepala merupakan sesuatu yang menghinakan, seumpama memijak kepala seseorang.

(more…)

Kanak-kanak Palestin 13 tahun ditembak di kepala December 13, 2008

Posted by khilafaharmy in Global.
Tags: , , , , , , ,
9 comments

Jumaat, 12 December 2008 , Tebing Barat, Palestin

Maklumat awal: “Peluru getah” yang diguna tentera Zionis adalah  bebola besi solid(solid ball-bearing) yang dicelup dalam getah atau lilin, yang telah membunuh puluhan kanak-kanak Palestin dan ratusan lagi menjadi lumpuh seumur hidup.

Kanak-kanak Palestin dalam gambar ini bukanlah yang ditembak oleh Zionis, cuma menunjukkan “ancaman” yang dihadapi oleh tentera Zionis yang lengkap bersenjata dengan sut perang dari jauh. Salah seorang dari rakannya, Yacob Qasrawi yang berusia 13 tahun ditembak dikepala

(more…)

Doakan kesejahteraan sahabat December 13, 2008

Posted by khilafaharmy in Lokal.
Tags: , ,
3 comments

Assalamualaikum,

Pengumuman untuk yang mengenali Muhammad Shazmin Izhar, bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Seremban, kini telah 3 hari mendapat  rawatan di ward Hospital kerana diserang penyakit asma.. Jika tiada masalah, mungkin akan keluar petang ini..

Diharap untuk mendoakan kesejahteraannya, dan bagi yang berada di JB, bolehlah melawatnya di (more…)

Sampai bila lagi Islam dihinakan demi kepentingan kaum kuffar? December 12, 2008

Posted by khilafaharmy in Analisis.
Tags: , , ,
9 comments

Saban hari, Muslim semakin lupa akan erti menghayati kehidupan Islam, apatah lagi ingin berjuang melanjutkan kehidupan Islam. Lupa itu sifat manusia, ya Muslim juga manusia, mesti terkadang lupa.. Tapi terlampau asyik lupa bukan lagi tanda manusia normal! Ibarat nenek tua yg jarang membaca Quran, lalu terus nyanyuk.. Ironinya, muda-mudi Muslim yg lupa.. So, whats the problem?

Ni bukan la cerita penyakit nyanyuk, amnesia atau sawan.. Cuma penyakit yg telah banyak membunuh kaum Muslim, iaitu Wahn.. Cinta dunia, takut mati (bukan Wahn dlm bahasa German, sama juga kategori penyakit, tapi penyakit psikologi mental delusion)

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak

(more…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.