jump to navigation

Doa – Sebuah Renungan May 14, 2009

Posted by khilafaharmy in Tsaqafah Islam.
4 comments

Suatu ketika, dalam Perang Badar, Rasulullah saw. pernah meminta pertolongan dari Allah Swt. dan berdoa kepada-Nya dengan begitu lama,  khusyuk dan sangat bersungguh-sungguh sehingga baju luar  Baginda jatuh. Lalu Abu Bakar ra. berkata kepada Beliau,

“Wahai Rasulullah, sudah cukup doamu kepada Tuhanmu. Sungguh, Dia akan menunaikan apa yang telah Dia janjikan kepadamu.” (HR Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

Abu Bakar benar. Allah Swt. kemudian memberikan kemenangan kepada Rasulullah saw. dan kaum Muslim dalam Perang Badar atas orang-orang kafir.

Ketika hijrah, Rasulullah saw. melepaskan ‘panah’ doa kepada Suraqah. Tiba-tiba, kuda Suraqah terperosok ke tanah setiap kali terkena ‘panah’ doa Rasulullah saw. Suraqah baru berhenti dari kesalahannya setelah berjanji kepada Rasulullah saw. dan Abu Bakar ra. bahwa ia akan membiarkan keduanya meneruskan perjalanan (HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Dengan doa pula, Nabi Nuh as. beserta kaumnya diselamatkan oleh Allah Swt., sementara orang-orang kafir ditenggelamkan (QS al-Qamar [54]: 10-14); Nabi Yunus as. diselamatkan oleh Allah dari perut ikan paus (QS al-Anbiya’ [21]: 87-88); Nabi Ayub as. diangkat musibahnya oleh Allah (QS al-Anbiya’ [21]: 83-84); Nabi Musa as. diselamatkan oleh Allah dari buruan Fir’aun dan pasukannya (QS al-Qashash [28]: 21).

 

Contoh-contoh seumpama ini sangat banyak. Karena itu, doa tidak boleh diambil mudah. Para nabi dan rasul, termasuk Baginda Rasulullah saw. sendiri selalu berdoa, bahkan dengan kadar yang sangat luar biasa.

(more…)

Advertisements

“Twinkle, twinkle little star” hina Allah!!! Berhati-hati December 18, 2008

Posted by khilafaharmy in Umum.
Tags: , , , , , ,
17 comments

Serangan terhadap Islam datang dalam pelbagai sudut. Dari segi pemikiran, untuk mengubah apa yang kita fahami, hinggalah ke perkara-perkara yang tidak kita fahami untuk mempengaruhi perasaan kita.

Memang mengejutkan bila diberitakan lagu kanak-kanak(nursery rhyme) “twinkle, twinke little star” yang dipelajari sejak sebelum tadika lagi mempunyai maksud yang sangat jahat. Apabila dimainkan secara “reverse”, lagu itu akan berbunyi

(more…)

Wartawan menghina Bush, apa Ulama buat?? December 17, 2008

Posted by khilafaharmy in Analisis.
Tags: , , , , , , , , ,
9 comments

Ahad, 14 Disember, Baghdad

Nampaknya, seluruh dunia mengetahui insiden penghinaan terhadap George Bush yang hampir menjadi sasaran lemparan kasut. Beritanya boleh didapati di banyak tempat, cuma ana ingin membincangkan isu yang lebih utama. Sebelum itu, sedikit info mengenai kes Bush dan kasut ini, mungkin ada yang masih belum membacanya lagi.

Pada lawatan Bush ke Iraq(dikatakan lawatan terakhirnya ke sana), seorang wartawan dari syarikat al-Baghdadia, Muntader al-Zaidi melemparkan kasutnya yang pertama semasa sidang media apabila Bush berucap “this is his farewell gift to the Iraqi people” sambil berteriak

"This is a gift from the Iraqis; this is the farewell kiss, you dog"

Kemudian membaling sebelah lagi kasutnya dengan teriakan

"This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq."

Walaupun kasutnya tidak mengenai Bush, tetapi kedua-duanya mengenai bendera Amerika. Dilaporkan bahawa bagi tradisi Arab, kasut di kepala merupakan sesuatu yang menghinakan, seumpama memijak kepala seseorang.

(more…)

Boikot, boikot dan terus boikot!!! December 16, 2008

Posted by khilafaharmy in Umum.
Tags: , , , ,
5 comments

Berikutan penghinaan yang dilakukan oleh Ehsan Jami terhadap Rasulullah, diharapkan kita semua dapat menggunakan momentum ini untuk memainkan peranan kita sebagai umat Islam dengan:

Memboikot idea Kebebasan(Freedom/al-hurriyah) yang lahir dari ideologi Kapitalisme

Dengan kebebasan, penghinaan terhadap Islam berkembang pesat.

Dalam Kapitalisme, bebas adalah apa yang pemimpin mereka perintah dan larang sesuka hati mengikut hawa nafsu.

Di Barat, orang yang tidak mempercayai Holocaust boleh didakwa, tetapi orang yang menghina al-Quran atau Rasulullah dibiarkan, malah dilindungi.

Mereka membenarkan penghinaan atas dasar kebebasan bersuara. Adakah ini masyarakat bertamadun yang mereka mahu? Masyarakat yang saling menghina.. Adakah itu akan mewujudkan harmoni?

(more…)