jump to navigation

Ibadah Haji yang melaungkan Ironi? December 15, 2008

Posted by khilafaharmy in Umum.
Tags: , ,
trackback

Alhamdulillah, pada tahun ini beberapa sahabat ana melaksanakan ibadah haji, bersama-sama lebih kurang 3 juta kaum muslimin dari seluruh pelusuk dunia. Tapi, adakah berkumpulnya 3 juta kaum Muslimin di tanah Haram setiap tahun tidak mampu membawa apa-apa perubahan kepada Umat Islam? Sungguh ironi dan menyedihkan.

Sejak 8 Zulhijjah, jemaah haji mula tiba di Mina sebagai persiapan haji(tarwiyah). Terdapat Masjid Khaif yang begitu besar untuk menempatkan jemaah, namun masih tidak mampu menampung kapasiti jemaah yang sangat ramai. 1400 tahun lalu, disitulah Rasulullah bersama 100 000 sahabat bermalam(mabit) dan berihram. Di tengah-tengah masjid terdapat kubah putih, dimana Baginda solat 5 waktu. Hingga kini, tempat bersirah itu masih segar dalam ingatan.

Pada 9 Zulhijjah, Baginda bersama para sahabatnya bertolak ke Arafah setelah terbit matahari. Baginda singgah di Namirah untuk tidur sebentar dan mandi sebelum wukuf. Baginda kemudiannya solat Zuhur dan Asar berjamaah secara jamak qasar. Di sinilah Rasulullah menyampaikan Khutbah Wada’ yang sangat terkenal, yang menyebut :

  • Darah, harta dan kehormatan umat Islam haram dinodai
  • Tradisi jahiliyah riba dihapuskan
  • Mewajibkan kaum Muslimin memuliakan wanita
  • Umat Islam wajib berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah

Setelah itu, Baginda wukuf di Arafah bersama para sahabat, di Jabal Rahmah. Di tengah panas padang pasir tanpa khemah. Itulah pemandangan agung(al-masad al-a’dham), dimana manusia dari seluruh penjuru dunia tanpa mengenal bangsa, kaum dan warna kulit berkumpul padang pasir, di bawah terik matahari berpakaian putih. Semuanya mempunyai tujuan, pemikiran, perasaan dan peraturan yang sama. Pemandangan inilah yang dibanggakan Allah kepada para malaikat:

“Hamba-hambaKu telah datang kepadaKu dalam keadaan kusut dan berdebu dari berbagai penjuru untuk mengharap rahmat dan ampunanKu. Kalaupun dosa-dosa mereka sebanyak bilangan pasir, atau sebanyak titisan hujan, atau sebanyak buih di lautan, pasti akan Aku ampuni.” Katakanlah kepada hamba-hambaKu itu, “Kalian telah diampuni, juga orang-orang yang kalian syafa’ati.”  (Hadis Qudsi)

Baginda kemudiannya menuju Muzalifah setelah matahari tenggelam dan solat Maghrib dengan Isya’ secara Jama’ Qasar dan bermalam(mabit) di situ. Baginda juga mencari batu-batu kecil untuk melontar jumrah di Mina. Setelah matahari terbit dan masuk waktu dhuha, baginda berangkat ke Mina untuk Jumrah ‘Aqabah dan dilanjutkan dengan menyembelih haiwan korban dan mencukur rambut(tahallul). 

Kemudian, baginda berangkat ke Mekah untuk Tawaf Ifadah dan Sai di Baitullah. Selepas itu, Baginda kembali ke Mina untuk bermalam dari 10,11 hingga 12 Zulhijjah dan meninggalkan Mina pada 13 Zulhijjah. Itulah proses haji Rasulullah yang menjadi ikutan kaum Muslimin.

Keadaan, hukum dan tempat yang pernah digunakan baginda semasa ibadah haji begitu segar dalam ingatan kaum Muslimin. Mina, Arafah, Muzalifah dan Mekah termasuk Masjidil Haram, Masjid Khaif, Masjid Namirah dan Jamarat begitu melekat dalam fikiran mereka.

Ironinya, disaat mereka melakukan Jumrah ‘Aqabah di Mina, ada sebuah masjid kecil kira-kira setengah kilometer dari situ yang bernama Masjid Bai’ah. Disitulah Rasulullah dibaiat oleh orang-orang Ansar. Hal ini banyak dilupakan oleh kaum Muslimin, termasuk jemaah haji. Padahal, Baiat Aqabah I dan II merupakan titik mula Islam berkembang keseluruh dunia dan membolehkan Islam sampai kepada mereka. Dengan baiat itu jugalah Baginda menjadi ketua pertama Negara Islam yang terus berkembang hingga mencakupi 2/3 dunia. Anehnya, tempat Baginda dibaiat nyaris dilupakan sedangkan mereka berada sangat hampir dengan ‘Aqabah dari 10 hingga 13 Zulhijjah.

Dulu, kaum Ansar pergi ke Mina lalu terus ke ‘Aqabah untuk membaiat Rasulullah menjadi ketua negara.
Sekarang, jutaan jemaah haji yang pergi ke Mina, tidak langsung fikir akan tujuan tersebut. Padahal, ‘Aqabah tidak jauh dari tempat mereka bermalam dan melakukan jumrah. Ironinya,
jangankan ingin membaiat Khalifah, tempat dimana Rasulullah dibaiat pun mereka tidak tahu.

Selain itu, ketika mereka tahu bahawa mereka dibanggakan Allah di hadapan para malaikatNya, ketika mereka melebur bersama seluruh kaum dari setiap penjuru dunia untuk satu tujuan; ketika mereka diingatkan  bahawa darah, harta dan kehormatan mereka haram dinodai; ketika tradisi riba dihapuskan; ketika wanita wajib dimuliakan; ketika kewajipan berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah lebih difahami; Tidak ramai yang sedar bahawa semuanya hanya boleh direalisasi di bawah naungan Daulah Khilafah yang melaksanakan syariatNya. Bukan hanya 3 juta jemaah haji yang akan dibanggakan Allah, bahkan 1.6 billion umat Islam akan dibanggakan di hadapan para malaikatNya. Di bawah naungan Khilafahlah kaum Muslimin melebur dari seluruh dunia di bawah satu pemerintahan; menjadi satu umat dan mempunyai ketaatan hanya kepadaNya; seluruh hukum Islam dijalankan sehingga riba dihapuskan; hak-hak Umat Islam terjamin; wanita dimuliakan dan al-Quran dan Sunnah dihayati dalam kehidupan dengan teguh. Ironinya, kesedaran ini tidak ada di saat membuak-buaknya semangat mereka di Arafah. Bahkan, tradisi jahiliyah dan riba yang telah dihapuskan Baginda dihidupkan kembali.

Walaupun tidak pernah difahami manfaat bertawaf, Sai, menyentuh dan mencium Hajar Aswad, mereka bersusah-payah berusaha untuk melakukannya. Namun ketika Rasulullah memerintahkan sesuatu yang diketahui manfaatnya; sistem ekonomi Islam yang anti-inflasi dan anti-krisis; sistem pemerintahan Islam yang menjaga hak-hak manusia; justeru ditolak mentah-mentah. Bahkan ramai yang menganggapnya tidak lagi relevan sebab berubahnya keadaan dan zaman.

Ironi ternyata bertambah parah apabila jemaah haji wukuf di Arafah  hanyalah untuk membentuk pemandangan buih-buih lautan. Dalam masa yang sama, saudara-saudara mereka di Gaza diblok Israel dan anak-anak mereka menjadi sasaran bergerak untuk latihan menembak. Kenang nasib mereka pun tidak, doakan mereka jauh sekali.

Sepatutnya, ibadah haji bukan hanya mampu membangun kesedaran spritual semata-mata, tetapi juga perlu membangkit kesedaran sosial dan politik. Tanpa kebangkitan tersebut, ibadah haji tidak lain hanya melaungkan ironi. Mereka sepatutnya malu tatkala datang ke Madinah dan menziarahi pusara Rasulullah s.a.w. Padahal Baginda bersabda,

“Siapa saja yang berhaji, lalu menziarahi pusaraku setelah aku wafat, maka seolah-olah dia seperti telah menziarahiku ketika aku masih hidup.”                        (HR ad-Daruquthni)

Bayangkan, jika kita bersemuka dengan Rasulullah ketika Baginda masih hidup dan ditanya, "Apa tanggungjawabmu yang telah engkau lakukan terhadap umatku?", maka apa jawapan kita?, sedangkan kita tidak pernah melakukan apa-apa demi kepentingan Islam dan kaum Muslimin. Renung-renungkanlah

[2.55 pagi]

Comments»

1. fatba - December 15, 2008

text dan huraian yg mantap ;)..point2 yg menarik *mahu saje ana ambil sedikit point2 tersebut utk menambhkn artikel yg sdg dibuat ini*

2. syaqif - December 15, 2008

bila ibadah dibuat xde penghayatan mcm tu la jadinya…aq stuju,xde penggerak atau pemimpin yg satu yg membuatkan umat islam dgn haluan masing2.xde terlintas rase kesatuan…semua hanya melepaskan agenda sendiri,penting diri….

3. mawar berduri - December 15, 2008

Jika difikir, berapa ramai di antara kita yang berjaya mendapat haji mabrur.. Kembali ke tanah air diharap dapat membawa perubahan terhadap Islam, namun perubahan terhadap diri sendiripun masih tidak berlaku.. Setahun dua mungkin ada penghayatannya, tetapi semakin lama, Islam kembali ditinggalkan.. Wang beribu ringgit yang dilabur untuk mendapat saham akhirat bagaikan tidak berguna(agak kasar bunyinya). Jadi, sampai bila mungkin Islam benar2 dihayati dan yang pastinya, bilakah umat Islam akan sedar akan kepentingan Daulah Islamiah itu sendiri…

4. Hani Zakaria - December 15, 2008

To be honest, initially i totally forgot the whole sequence of ibadah during Haji and therefore, this article served as a reminder to me. So thank you ibam. and i found the details very enlightening. A very precise article indeed.

I agree with all the comments above. But still, what lingers in this mind is the question of: what are the SOLUTIONS for this ummah?

How can we achieve unity again?
How can we instill “penghayatan sebenar” of our beautiful religion, Islam, in this present time?
How?

I look forward to an article on this. (if you have tyme..) It would be great if we can discuss on this issue and Insyallah.. apply it in our life

great work ibam 🙂

khilafaharmy - December 15, 2008

2 Fatba: Alhamdulillah, dipersilakan menyebar dakwah Islam… Hak cipta hanyalah milik 4JJ1

2 syaqif: Itulah manefestasi menusuknya Individualisme dalam benak kaum Muslimin… Pentingkan agenda masing2.

2 mawar berduri: Inilah ironinya.. Virus sekular sangat dominan, terutamanya di Masjidil Haram. Jemaah haji yang ke sana sampai bila xkan sedar, tanpa seruan luar. Apatah lagi umat Islam lain yang solat berkiblatkan Masjidil Haram, secara tidak sedar yang didapati hanyalah penebalan sekular dalam diri. Semakin kuat beribadah, semakin sekular jadinya.

2 hani: Thnx for the suggestion.. Insy’4JJ1 i’m working on it.. and try my best to answer the 3Qs

5. fairuz - December 15, 2008

nice post and nice reminder for all of us. Thanks!
btw, u make me think that Hajj is not only for ourselves. It is for the whole Muslims in this world. thats why hajj is become 1 of 5 important things make up the Rukun Islam. Thanks A Lot, again:)

6. Ibadah Haji yang melaungkan Ironi? « AmmarAhmad - December 15, 2008

[…] Ibadah Haji yang melaungkan Ironi? 15 12 2008 Posted by khilafaharmy in Umum. Tags: Haji, Ironi, Renungan trackback […]

7. siti hawa - December 15, 2008

Impressive!!
juz gonna say dats thiss should be a reminder of me..
for being a muslimah medical student…i have to struggle a lot in this field…its though…but what u wrote realy smack my head off..
i realized that i`ve forgotten about my duty here in india not only for my self n family n country..
but also for ISLAM and UMMAH…

so, pray for ALL MUSLIMS N MUSLIMAH out there..studying abroad like me..to remember their duty..at least do their best..n hopely succeed as well..lyf out here not easy as in msia..some of my frenz in rusia,chech were denied their rights as MUSLIMS AND MUSLIMAH…
not being able to perform prayer in university and a friend of mine being punched bcoz wearing tudung..dats..juz a little story we heard..

neway..keep up the good job IBAM..
i cant believe such a quiet little boy i knew had become such a good writer.!!! n most of all writing for DAKWAH!!!

8. thinker - December 16, 2008

nice. teruskan berkarya akhi. salam dakwah dan perjuangan.

9. pdah - December 31, 2008

so far so good…
keep up the good work


Leave a comment